Hanya Pada ALLAH

Hanya Pada ALLAH
Assalamu'alaikum wr wb

Khamis, 14 Januari 2010

TENTANG IT HPA

INSTITUT TEKNOLOGI HPA (ITHPA)

Taklimat ITHPA & Peluang Kerjaya secara terbuka (pengambilan ketiga)

Tarikh: 08 september 2009
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Omar Mukhtar,di atas RFC Sungai Petani, Kedah.
Temuduga: Secara Terbuka

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di dalam HPA.Ini adalah kerana pengambilan staf-staf baru perlu melalui Kursus Asas Kerjaya ITHPA sahaja.Kursus ini akan berlangsung selama sebulan di Sungai Petani yang wajib diikuti oleh peserta. Hingga kini sebanyak 500 kekosongan yang perlu diisi.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi 0194650155 (Fahzan).

Tel : +6 04-4419094 / 0196330727 Fax : +6 04-4419254 0193785079( Mohd Lufti ) / 0164167035 ( Mohd Hashim )

Taklimat ITHPA & Peluang Kerjaya secara terbuka (pengambilan kedua)

Tarikh: 12hb Ogos 2009
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Omar Mukhtar,di atas RFC Sungai Petani, Kedah.
Temuduga: Secara Terbuka

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di dalam HPA.Ini adalah kerana pengambilan staf-staf baru perlu melalui Kursus Asas Kerjaya ITHPA sahaja.Kursus ini akan berlangsung selama sebulan di Sungai Petani yang wajib diikuti oleh peserta. Hingga kini sebanyak 500 kekosongan yang perlu diisi.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi – Pegawai KHAS : 0194650155 (Fahzan)

Atau Tel : +6 04-4419094 / 0196330727(Syikin) Fax : +6 04-4419254 / 0193785079( Mohd Lufti ) / 0164167035 ( Mohd Hashim )

TAKLIMAT BERKENAAN ITHPA

Institut Teknologi HPA (ITHPA)

Insya Allah, pada 3 Ogos 2009 ini. Pihak HPA akan memberi taklimat mengenai pengambilan pelajar baru bagi kemasukkan ITHPA. Taklimat tersebut akan diberikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA iaitu Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Setakat ini, jumlah permohonan bagi ITHPA adalah sebanyak 400 orang dan surat jemputan telahpun diedarkan kepada pemohon bagi menghadiri taklimat tersebut.

Sedikit maklumat ingin saya kongsikan bersama, mungkin ada dalam kalangan kita yang bertanya, `apakah ITHPA itu?” ` Insya Allah, saya akan cuba jelaskan secara terperinci mengenainya. ITHPA adalah singkatan kepada Institut Teknologi HPA. Dengan satu matlamat, penubuhannya adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada saudara dan saudari kita yang tidak bernasib baik untuk meneruskan pelajarannya ke peringkat universiti. Kata Pengarah Urusan ketika mengulas mengenai isu kelayakkan untuk memasuki universiti pada hari ini diantaranya adalah mesti mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Tetapi katanya, `bagaimana pula dengan golongan yang tidak bernasib baik untuk memasuki universiti` adakah masa depan mereka terjamin dengan baik?” maka oleh sebab itulah, kita menubuhkan ITHPA ini dengan satu kefahaman, memberi dan membuka peluang kepada mereka semua, mungkin ada dalam kalangan mereka mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang dengan baik, mungkin ada dalam kalangan mereka yang begitu terampil sekali kemahirannya dalam bidang kaligrafi dan sebagainya. Sesungguhnya, kemahiran mereka itu perlu digilap. Kita mengakui bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya yang tersendiri, maka kita akan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka itu bagi menyambung kesinambungan perjuangan HPA ini. Disamping membimbing mereka ke arah menghayati fikrah perjuangan HPA yang sebenar”.

Dengan kata lain, ITHPA juga akan mewujudkan beberapa sekolah, diantaranya sekolah ilmu lukis, perfileman, suara, bahasa, kaligrafi, geologi, dan pengawal keselamatan. Seterusnya, Insya Allah. Kelas yang akan dijalankan adalah selama 2 – 3 jam setiap hari, sebanyak 10 orang pelajar sahaja yang kita benarkan untuk memasuki setiap kelas dengan seorang guru pengajar atau pensyarah. Ia disebabkan pihak HPA begitu optimis untuk melahirkan seorang pekerja yang berwawasan dan berfikiran kritis disamping mantap dari segi akidah serta fikrahnya terhadap HPA bagi menghadapi globalisasi. Mengenai yuran pendaftaran bagi memasuki ITHPA tidak perlu sama sekali, cuma hanya perlu menggunakan tenaga saja untuk menuju ke dewan mokhtar pada 3 ogos ini, jam 8.00 pagi bagi mendengari taklimat ITHPA. Ia begitu mudah sekali. Tetapi siapakah sanggup bersama-sama HPA?? Marilah bersama kami. Mengenai tempat tinggal dan kos makan serta minum, adalah dibawah tanggungan sendiri. Manakala kemudahan tempat tinggal pula disediakan homestay di bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Disana HPA mempunyai sebanyak 25 buah homestay. Dengan bayaran RM 50 sebulan bagi setiap pelajar ITHPA yang ingin menetap berhampiran dengan dewan kuliah. Kemudahannya begitu baik sekali, kerana berhampiran dengan homestay HPA terdapat Radix Fried Chicken (RFC) di sekitar kawasan itu.

Selain itu, Pengarah Urusan HPA juga telah memberi amanah kepad Pak Yayat selaku ketua bagi sekolah kaligafi dibawah ITHPA. Disamping menjadi tenaga pengajar disekolah itu. Insya Allah. Dengan kata lain, syarat kelayakan bagi memasuki sekolah kaligrafi sedang direncanakan. Insya Allah tidak lama lagi siaplah ia. Pengarah Urusan juga menegaskan dalam menyediakan syllabus kaligrafi itu mestilah mempunyai unsur-unsur dakwah yang akan mendekatkan diri seseorang itu kepada Allah semula. Sesungguhnya Islam itu tidak jauh dari daerah seni.

Majlis taklimat kerja HPA dan ITHPA(Kali Pertama).
Majlis ini akan diadakan pada esok hari 3/8/09 di dewan omar Mukhtar (DOM) jam 8.30 pagi . Semua anak-anak syarikat HPA dan pentadbiran zon tidak dibenarkan lagi mengambil terus pekerja-pekerja tetapi mestilah melalui ITHPA. Ini bermakna mereka yang hendak bekerja dalam HPA mestilah mengikuti kursus pra-kerja di ITHPA.
Tujuan diadakan program sebegini ialah untuk memastikan pekerja benar-benar mengetahui kehendak majikan terutama dalam urusan bisnis yang sangat mencabar. Kita tidak mahu pekerja yang sepatutnya menjadi asset syarikat tiba-tiba menjadi liability(tanggungan) . Ini sangat-sangat penting kerana kini HPA memiliki 1700 orang pekerja dan penambahan pekerja berlaku 50 – 100 orang sebulan. Peningkatan ini akan terus berlaku kerana bertambahnya outlet dan rangkaian peniagaan HPA diseluruh negara. Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan (pengambilan pelajar dan pekerja) 0194650155(fahzan) .

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” (TM)

INSTITUT TEKNOLOGI HPA (ITHPA)

Tel : +6 04-4419094 / 0196330727 Fax : +6 04-4419254
Pegawai KHAS ITHPA : 0194650155 (Fahzan)

Tel : +6 04-4419094 / 0196330727(Syikin) Fax : +6 04-4419254

0193785079( Mohd Lufti ) / 0164167035 ( Mohd Hashim )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan